Monday, December 7, 2009

Produk Wuddah di dalam akhbar Berita Harian Selasa 8 Dis 2009

Assalamualaikum,

Produk Wuddah telah disiarkan di dalam akhbar Berita Harian hari ini. Sambutan menggalakkan kerana pagi tadi ramai sudah menelefon saya untuk bertanyakan tentang produk tersebut. Kini Wuddah mempunyai beberapa produk yang baru dan insert sudah dijual berasingan.


untuk membaca dengan lebih lanjut sila layari laman web Berita Harian

Tuesday, October 13, 2009

Produk-produk Lampin Kain Wuddah

Wuddah Button CD





Terdapat dalam 7 warna (biru, jingga, hijau, merah jambu, merah, kuning dan ungu)
Lampin dan Pelapik diperbuat daripada fabrik micro fibre
Harga satu unit = RM 39.00
Promo Pack of 7 = RM251.20 (jimat RM22.20)


Wuddah Printed CD

Design A, Design B, Design C, Design D


Material dari fabrik micro fibre
Harga seunit = RM43.00
Promo Pack of 4 = RM158.30 (Jimat RM13.70)


Wuddah Bamboo Button CD




Material dari fabrik buluh.
Terdapat 3 warna (hijau, biru, putih)
Tahan lama, lebih lembut, lebih sejuk, lebih serapan.
Harga seunit = RM49.00
Promo Pack of 3 = RM126.90 (Jimat RM14.10)

Wuddah Bamboo Velcro CD






Material lampin dari fabrik micro fibre dan pelapik dari fabrik buluh.
Terdapat dalam 5 warna (hijau, biru, putih, jingga, kuning)
Sesuai bagi bayi yang lebih besar (lebih 15kg)
Harga seunit = RM51.00
Promo Pack of 5 = RM229.50 (Jimat RM25.30)




Promosi Pakej Percubaan
1 Wuddah Button CD
+
1 Wuddah Bamboo Button CD
RM81.70


*untuk maklumat anda semua, pelapik tidak dijual berasingan buat masa ini.
*bagi pengguna pertama kali, sila basuh dahulu lampin kain sebelum digunakan.


untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
ombakbumi@gmail.com
017-6679272 (Mar)

Mengapa Wuddah Bamboo CD?



Jika anda mencari sesuatu yang lembut dan kuat menyerap bagi bayi anda disamping itu anda mengambil berat tentang alam sekitar, Wuddah Bamboo CD adalah produk untuk anda. Produk yang berasaskan buluh ini mula menjadi popular bukan sahaja bagi lampin kain, malah bagi produk-produk pemakaian bayi yang lain. Sila baca entry di bawah ini dan anda akan tahu mengapa......

Buluh tumbuh seperti rumput tanpa menggunakan bahan kimia atau racun tumbuhan. Oleh itu ia memberi impak yang amat sedikit kepada alam sekitar apabila ia dituai. Berikut adalah kelebihan fabrik buluh berbanding fabrik yang diperbuat daripada kapas:

  1. Mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi
  2. Mengelakkan kulit menjadi lembap agar bayi anda sentiasa selesa.
  3. Dua kali ganda kuasa menyerap daripada kapas
  4. Amat lembut apabila bersentuhan dengan kulit
  5. Pengudaraan yang amat baik dan sejuk apabila dipakai
  6. Melindungi sinaran ultra ungu (UV)
Mengapa anda akan sukakan Lampin Kain Wuddah?
Anda akan jatuh cinta dengan lampin kain yang menarik dan amat lembut. Ia amat menawan dan cantik serta tanpa memakai pakaian tambahan di atasnya.



  1. Fabrik buluh adalah tahan lama, ekologikal, dan kelihatan mewah kepada bayi anda
  2. Lebih serapan daripada kapas tanpa kelihatan lebih tebal.
  3. Semulajadi anti-bakteria.
  4. Mudah untuk digunakan.
  5. Lebih ekonomi - lebih nilai wang anda.

Cara Membasuh CD

Buang semua kotoran, basuh sedikit kemudian masukkan dalam mesin basuh. Gunakan sabun biasa yang tiada peluntur dan pelembut (akan merosakkan material CD). Gunakan net basuhan (laundry net) untuk menjaga CD supaya tahan lama (jangan lupa keluarkan pelapik @ insert dari dalam poket CD). Sidai (pastikan ruangan dalam mengadap matahari). Angkat dan masukkan insert siap-siap untuk penggunaan seterusnya. Amat mudah dan boleh digunakan berulang kali. Mesti si manja anda suka. Anda pun tentu gembira!

Klik sini untuk lihat cara-cara membasuh secara visual.

Lampin Kain Moden Wuddah (Wuddah Baby Cloth Diaper)





Pemakaian lampin kain moden menjadi semakin popular kebelakangan ini berikutan tahap kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya penjagaan anak secara semulajadi terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun yang amat mementingkan kesihatan dan penjagaan alam sekitar.


Tahukah anda apa yang ada dalam lampin pakai buang yang penggunaannya sangat meluas ketika ini?
  1. Dioxin - sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA (Environmental Protection Agency) sebagai bahan yang sangat toksik dan merupakan bahan kimia penyebab kanser.
  2. Tributyl-Tin (TBT) - Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan.
  3. Sodium polyacrylate - Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang sangat toksik.





Ruam lampin?
  • Sangat kerap berlaku kepada bayu yang menggunakan lampin pakai buang.
  • Dipercayai disebabkan oleh kesan tindak balas air kencing atau najis bayu dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.
  • Ianya berwarna merah dan terjadi di sekitar kawasan pemakaian lampin dan bila ianya semakin teruk, ia akan menyebabkan kulit bayi berdarah.
Kenapa memilih pemakaian lampin kain moden?
  1. Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1955)
  2. Menjimatkan wang - penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  3. Mesra alam - daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  4. Latihan buang air sendiri - menurut kajian dalam Wall Street Journal, 4 Mei 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  5. Anti-bakteria secara semulajadi - fabrik buluh secara semulajadi mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  6. Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabrik kapas dari kuantiti yang sama.
  7. Fabrik buluh juga dapat melindungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi.
  8. Penyelenggaraan yang mudah - ianya boleh dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin basuh.



Keistimewaan lampin kain moden Wuddah
  1. Saiznya lebih besar dari kebanyakkan jenama lain di pasaran (sesuai bagi bayi baru lahir hingag berat bayi 15kg)
  2. Boleh memuatkan dengan baik bayi yang bersaiz kecil kerana sayapnya boleh dilaras dan dipasang secara bertindih dengan adanya ciri butang tambahan istimewa pada sayap.
  3. Mempunyai ciri poket tersembunyi sebagai tambahan bagi memastikan pelapik (insert) tidak terkeluar semasa lampin kain dipakai terutamanya jika bayi telah lasak.
  4. Pelapik boleh dibutangkan melekat dengan lampin kain bagi memastikan ianya sentiasa berada di posisi yang betul dan mengelakkan kebocoran akibat pelapik yang salah posisi. (hanya terdapat pada Bamboo CD)
  5. Harganya lebih murah dan berpatutan berbanding lampin kain jenama lain setandingnya di pasaran. Maka anda boleh menikmati penjimatan berganda.

Bagaimana anda berjimat?



A. Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 helai sehari bagi seorang bayi)
  • RM0.50 X 6 helai X 30 hari = RM90.00 sebulan
  • RM90.00 X 12 bulan = RM 1080.00 setahun
  • RM1080 X 3 tahun = RM3240.00
(3 tahun adalah umur ideal bagi bayi tidak lagi menggunakan sebarang lampin dan sepatutnya telah mahir membuang air sendiri)


B. Kos bagi pembelian 20 helai lampin kain moden Wuddah (20 adalah jumlah yang disyorkan)

RM39.00 X 20 helai = RM780.00 (Wuddah Micro fibre Button CD)


C. Penjimatan:


RM3240.00 - RM780.00 = RM2460.00